Friday, November 5, 2010

Negaraku

Negara atau negeri bermaksud tanah air yang diunsuri alam sekitar DAN penduduk serta sistem kehidupan mereka. Bila menyebut pemerintahan -- dalam konteks negara demokrasi -- ia merujuk kepada pemerintahan yang diunsuri tiga cabang: perundangan, kehakiman dan pentadbiran; ketua simboliknya dipanggil ketua negara. Kerajaan? Itu pemerintahan yang diketuai raja termasuk 'raja berpelembagaan'.


 Di sini, negara juga merujuk kepada persekutuan yang diunsuri negeri-negeri. Ketua Negara dan ketua Kerajaan ialah institusi raja yang simbolik. Pemerintah sebenar dalam sistem demokrasi ialah rakyat yang diwakili pewakil-pewakil yang mereka pilih ke perundangan. 

Perdana menteri termasuk kabinet yang diketuainya dilantik oleh ketua kerajaan dari kalangan ahli perundangan untuk mengetuai cabang pentadbiran sahaja. Perundangan dan kehakiman adalah dua cabang lain yang bebas, dan berperanan juga sebagai pengawas kepada pentadbiran. 

Bila negara tidak maju atau tidak diperintah dengan berkesan, rakyatlah akhirnya yang patut dipersalahkan; mereka tidak melaksana tanggung-jawab mereka dengan berkesan.

No comments: